Tuesday, October 11, 2011

ego tak perlu kamu,lagi.

perlu berlagak
jalan mendongak segak
sebenarnya kau haprak

tingkah laku bergaya
entah apa yang cuba diperdaya
semua tahu status dia
cuma sang kerengga

bingung mencari solusi
penat berdikari
sembang berdiskusi
bagaimana menyingkir si ego tinggi

sifat semula jadi
mungkin sampai mati
bersarang dalam hati
entah bila dia nak pergi

buang ego kamu
aku tahu
aku tahu, siapa kamu
jauh!
bersarang ditempat lain.

-mana aku?


kau memanipulasi segala
menukar sifat rupa
mana entah dia cinta
kasih sayang terabur merata
kerana kau, aku dah tiada

mana rendah diri aku
mana peramah aku
mana cinta aku; sayang aku
kau makan satu persatu

pulangkan nya kembali
aku mahu kau pergi
jauh dari sini

aku tak perlu hidung tinggi
tak perlu semua ranggi;
tak mahu semua nya terapi
tak perlu kelihatan suci

aku cuma mahu aku, AKU!

sudah lama kau merasuk
entah kapan kau masuk
kau mencemar busuk.
kau,ego.pergi..

kerana kamu,
aku tiada aku.
tiada aku yang asli,
mana aku pergi,
mengigil ketakutan
di celah rerangting egoisku sendiri

aku tak mahu kelihatan sempurna
biar aku dipersenda
mahupun dihina
kerana itu, aku adalah aku
tanpa berpaut kental pada ego aku sendiri

biar aku buat silap
biar aku terjatuh
biar aku bangun sendiri
tak perlu papah aku, ego.

silap aku
biar aku malu
biar aku belajar sesuatu

No comments:

Post a Comment